Tahun : 1 Delima
Masa : 1 Jam
Tema : Bersih dan Sihat
Tajuk : Bersihkan Diri
FU SK : 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
SP : 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dalam
pelbagai konteks dengan betul.
FS SK : 1.6 Berbicara dengan menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.
SP : 1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat daripada pelbagai
sumber.
Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat:-
i) Murid dapat menggunakan kata ganti nama diri dalam perbualan.
ii) Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul.
iii)Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat secara bertatasusila.
Pengetahuan Sedia ada :- Murid-murid telah diperkenal kata ganti nama diri yang terdapat dalam dialog
buku berdasarkan latihan yang lepas.
Pengisian Kurikulum: i) ilmu : kesihatan
ii) nilai : bekerjasama, patuh pada arahan, hormat-menghormati
iii)KBKK : menjana idea, mengingat dan memahami
iv) KBT/EMK: Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Sistem Bahasa : Tatabahasa : Golongan Kata
Media : kad huruf, kad perkataan, gambar dalam bentuk ICT
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
AKTIVITI
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
CATATAN
|
Set Induksi
1. Murid diperlihatkan anak
patung yang dibawa oleh
guru.
2. Murid bersoaljawab berkaitan
dengan bahan ransangan.
3. Mengenal pasti ciri objek
(anak patung) dengan tepat.
|
KBT: menjana idea
|
Anak Patung
Contoh soalan guru:
1. Apakah objek yang
kamu lihat ini?
2. Mengapakah
objek ini tidak
boleh bergerak
sendiri?
3. Apakah perbezaan
objek ini dengan
diri kamu?
|
Langkah 1
1. Murid secara berpasangan di
minta duduk menghadap
rakan.
2. Murid bercerita perihal diri
masing- masing.
3. Murid berbicara menggunakan
kata ganti nama diri pertama
dan kedua yang betul.
Contohnya: saya, awak,
kita dan kami.
|
KBT:
Kreativiti dan inovasi
Nilai:
Bekerjasama
Kebersihan
Ilmu:
Sains Kesihatan
|
Murid mula melakukan penjanaan idea dengan berbicara tentang diri dan kegunaan anggota badan mereka.
Contoh soalan:
1. Siapakah nama
awak?
2. Awak tinggal di
mana?
3. Apakah kegunaan
tangan kita?
|
Langkah 2
1. Guru memperlihatkan contoh
penggunaan Kata Ganti
Nama Diri dalam bentuk
perbualan dengan
menggunakan anak patung.
2. Murid diminta memahami
penggunaan kata ganti nama
diri yang terdapat dalam
pengucapan
guru.
3. Guru menerangkan kata ganti
nama diri pertama dan kedua
dengan bantuan skrin LCD
dan kad perkataan.
Contoh soalan guru:
1. Bilakah kata ganti nama diri
yang sesuai digunakan?
2. Senaraikan kata ganti nama
diri yang terdapat dalam
ucapan?
|
KBT:
ICT – aplikasi
Sistem Bahasa:
Kata Ganti Nama diri Pertama dan Kedua
|
Lampiran 1
Latihan perkataan kata ganti nama diri yang tedapat pada kad perkataan.
Contoh ujaran guru:
A : Nama saya Lili.
Nama awak
siapa?
B : Nama saya Ricky.
Awak tinggal di
mana?
A : Saya tinggal di
Taman Sentosa.
Awak pula
tinggal di mana?
B : Saya pun tinggal di
Taman Sentosa.
Nampaknya kita
berjiran. Bolehlah
esok kita keluar
bermain bersama-
sama.
A : Tidak boleh, ibu
bapa saya
bercadang hendak
balik ke kampung
esok. Kami
mahu melawat
nenek yang sakit.
|
Langkah 3
1. Murid secara berpasangan
diminta ke hadapan kelas
untuk berbicara
mengikut konteks seperti
contoh yang diperlihatkan
oleh guru.
2. Murid digalakkan
menggunakan idea sendiri
dalam menghuraikan
kata ganti nama diri yang
sesuai seperti saya, awak,
kamu dan kami.
3. Murid diminta menyampaikan
persembahan mereka secara
berpasangan.
|
Sistem Bahasa:
|
Gerak kerja berpasangan.
|
Langkah 4
1. Murid diminta membuat
refleksi terhadap perkara
yang telah dipelajari pada hari
ini.
2. Rumusan guru dan peneguhan
berkaitan dengan topik
pelajaran.
|
Kad perkataan
|
Setting lari, macam mana nak buat ya?
ReplyDelete