"Dunia Kian Berubah, Perubahan Melingkari, Melaksana Hasrat Hati, Kejayaan Terbukti...", begitulah dengan arena pendidikan yang kian berubah mengikut perubahan semasa.
Saturday 17 December 2011
Tuesday 13 December 2011
Monday 12 December 2011
Latihan Tatabahasa
Kata
Nama Am
1. Ibu Amizan adalah seorang …………………..
A)
nelayan
B)
tukang jahit
C)
tukang kayu
2. Abang bekerja sebagai mekanik di ………………. Pak
Ibrahim itu.
A)
bengkel
B)
restoran
C)
klinik
3. …………………. itu ada sepuluh tingkat.
A)
Rumah panjang
B)
Rumah teres
C)
Rumah pangsa
4. Di pasar malam ada ……………… yang menjual
pelbagai jenis makanan.
A)
pelakon
B)
peniaga
C)
petani
5. Ayah menyimpan perkakasan itu di dalam
………………….
A) gudang
B)
kereta
C)
setor
Kata
Nama Khas
1. Abang membeli sebuah radio berjenama ………………..
A)
Sony
B)
Honda
C)
Rolex
2. Adik sedang membaca buku cerita yang berjudul
…………………..
A)
Sang Kancil dan Sang Buaya
B)
Menara Berkembar Petronas
C)
Bapa Kemerdekaan Malaysia
3. Pulau Langkawi terletak di negeri …………….
A)
Perak
B)
Melaka
C)
Kedah
4. Hari Kemerdekaan negara kita jatuh pada bulan
…………………
A)
Mac
B)
April
C) Ogos
5. Ani menghadiahi sejambak bunga kepada gurunya
pada …………………….
A)
Hari Kebangsaan
B)
Hari Guru
C)
Hari Krismas
Kata
Ganti Nama Diri
1. Di manakah …………… tinggal?
A)
awak
B)
kami
C)
aku
2. …………….. berkelah di Sungai Congkak.
A)
Dia
B)
Beta
C)
Kami
3. ……………… amat disenangi oleh rakyat.
A)
Dia
B)
Beliau
C)
Mereka
4. Sudahkah …………… membasuh kasut?
A)
saya
B)
beliau
C)
kamu
5. Tahniah di atas kejayaan ……………
A)
anda
B)
dia
C)
kami
Kata
Sendi Nama
1. Adik menerima hadiah …………….. ibu
A)
ke
B)
dari
C) daripada
2. Kami hendak ………………… perpustakaan.
A)
ke
B)
dari
C)
untuk
3. Tarikh lahir ayah jatuh ……………. 14 Mac 1971.
A)
di
B)
pada
C)
untuk
4. Ahmad sekeluarga baru sahaja sampai …………….
Pulau Pinang.
A)
dari
B)
kepada
C)
ke
5. Rumah datuk saya terletak ……………… tepi sungai.
A)
kepada
B)
dari
C) di
Kata
Hubung
1. Azman ……………….. Nursani yang akan dipilih
sebagai ketua kelas?
A)
lalu
B)
dan
C)
atau
2. Hamid sakit perut …………………….. termakan kuih
basi.
A)
atau
B)
kerana
C)
tetapi
3. Fauzah rajin ………………………. Adiknya malas.
A)
kerana
B)
sambil
C)
tetapi
4. Saya mengambil air …………………….. menghulurkan
kepada ibu.
A)
dan
B)
lalu
C)
atau
5. Saya membaca buku ………………. menunggu ayah di
bawah pokok.
A)
dan
B)
kerana
C)
sambil
1. Bau bunga ros itu sangat ………………………….
A)
harum
B)
busuk
C)
hamis
2. Negara kita sentiasa dalam keadaan
…………………………. dan damai.
A)
sunyi
B)
kacau
C)
aman
3. Bayi itu sungguh …………………………..
A)
garang
B)
comel
C)
menawan
4. Adik mencuci pinggan-mangkuk yang ……………………..
itu.
A)
bersih
B)
kotor
C)
licin
5. Isi buah manggis berwarna …………………….
A)
hitam
B)
kelabu
C)
putih
Kata
Seru
1. ________________, sakitnya kepala ini!
A.
Amboi
B.
Aduh
C.
Cis
2. ________________, cantiknya baju awak!
A.
Amboi
B.
Eh
C.
Nah
3. ______________, lama kita tidak bertemu!
A.
Oh
B.
Wah
C. Hai
4. ______________, berani kau tuduh aku!
A.
Nah
B.
Cis
C.
Hai
5. ______________, lihatlah sendiri hasilnya.
A.
Eh
B.
Hai
C.
Nah
Kata
Tanya
1. Harga buah rambutan ini ___________?
A.
berapa
B.
siapa
C.
mengapa
2. ___________ hendak menaikkan layang-layang?
A.
Bilakah
B. Di
manakah
C.
Bagaimanakah
3. ___________kah yang bersembunyi di belakang
bangunan itu?
A.
Mengapa
B.
Siapa
C.
Apa
4. Sejak __________kah kamu berada di sini?
A.
bila
B.
berapa
C. mengapa
5. ___________kah mereka didenda?
A.
Di mana
B.
Mengapa
C.
Siapa
Penjodoh
Bilangan
1. Guru
kelas kami menghadiahkan kami se_______ pen.
a.
laras
b.
bentuk
c.
batang
2. Kakak
memotong se_________ buah mangga.
a.
ulas
b.
biji
c.
gugus
3. Abang
membeli se________ cincin untuk isterinya.
a.
laras
b.
kuntum
c.
bentuk
4. Ibu
memasukkan se______ garam ke dalam masakan.
a.
cubit
b.
ketul
c.
longgok
5. Terdapat
se________ bunga di meja Cikgu Latifah.
a.
ikat
b.
longgok
c.
jambang
Kata ganda
1. Gigi
adik sakit kerana terlalu banyak makan _______.
a.
gula-gula
b.
rama-rama
c.
dauun-daun
2. _______
diminta beratur di dataran.
a.
jari-jari
b.
tamu-tamu
c.
murid-murid
3. ______
telinga Mariam luka kerana tercucuk benda tajam.
a.
dedaun
b.
bebola
c.
gegendang
4. Rumah
yang sudah usang itu dipenuhi dengan sarang _____.
a.
labah-labah
b.
rama-rama
c.
nyamuk-nyamuk
5. Ibu
menghidangkan sepiring agar-agar laici kepada ______.
a.
bebuli
b.
tetamu
c.
kekabu
Sunday 4 December 2011
Rancangan Pelajaran Harian Tahun 1 Delima
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 1 Delima
Masa : 1 Jam
Tema : Bersih dan Sihat
Tajuk : Bersihkan Diri
FU SK : 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
SP : 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dalam
pelbagai konteks dengan betul.
FS SK : 1.6 Berbicara dengan menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.
SP : 1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat daripada pelbagai
sumber.
Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat:-
i) Murid dapat menggunakan kata ganti nama diri dalam perbualan.
ii) Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul.
iii)Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat secara bertatasusila.
Pengetahuan Sedia ada :- Murid-murid telah diperkenal kata ganti nama diri yang terdapat dalam dialog
buku berdasarkan latihan yang lepas.
Pengisian Kurikulum: i) ilmu : kesihatan
ii) nilai : bekerjasama, patuh pada arahan, hormat-menghormati
iii)KBKK : menjana idea, mengingat dan memahami
iv) KBT/EMK: Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Sistem Bahasa : Tatabahasa : Golongan Kata
Media : kad huruf, kad perkataan, gambar dalam bentuk ICT
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Tahun : 1 Delima
Masa : 1 Jam
Tema : Bersih dan Sihat
Tajuk : Bersihkan Diri
FU SK : 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
SP : 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dalam
pelbagai konteks dengan betul.
FS SK : 1.6 Berbicara dengan menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.
SP : 1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat daripada pelbagai
sumber.
Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat:-
i) Murid dapat menggunakan kata ganti nama diri dalam perbualan.
ii) Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul.
iii)Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat secara bertatasusila.
Pengetahuan Sedia ada :- Murid-murid telah diperkenal kata ganti nama diri yang terdapat dalam dialog
buku berdasarkan latihan yang lepas.
Pengisian Kurikulum: i) ilmu : kesihatan
ii) nilai : bekerjasama, patuh pada arahan, hormat-menghormati
iii)KBKK : menjana idea, mengingat dan memahami
iv) KBT/EMK: Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Sistem Bahasa : Tatabahasa : Golongan Kata
Media : kad huruf, kad perkataan, gambar dalam bentuk ICT
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
AKTIVITI
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
CATATAN
|
Set Induksi
1. Murid diperlihatkan anak
patung yang dibawa oleh
guru.
2. Murid bersoaljawab berkaitan
dengan bahan ransangan.
3. Mengenal pasti ciri objek
(anak patung) dengan tepat.
|
KBT: menjana idea
|
Anak Patung
Contoh soalan guru:
1. Apakah objek yang
kamu lihat ini?
2. Mengapakah
objek ini tidak
boleh bergerak
sendiri?
3. Apakah perbezaan
objek ini dengan
diri kamu?
|
Langkah 1
1. Murid secara berpasangan di
minta duduk menghadap
rakan.
2. Murid bercerita perihal diri
masing- masing.
3. Murid berbicara menggunakan
kata ganti nama diri pertama
dan kedua yang betul.
Contohnya: saya, awak,
kita dan kami.
|
KBT:
Kreativiti dan inovasi
Nilai:
Bekerjasama
Kebersihan
Ilmu:
Sains Kesihatan
|
Murid mula melakukan penjanaan idea dengan berbicara tentang diri dan kegunaan anggota badan mereka.
Contoh soalan:
1. Siapakah nama
awak?
2. Awak tinggal di
mana?
3. Apakah kegunaan
tangan kita?
|
Langkah 2
1. Guru memperlihatkan contoh
penggunaan Kata Ganti
Nama Diri dalam bentuk
perbualan dengan
menggunakan anak patung.
2. Murid diminta memahami
penggunaan kata ganti nama
diri yang terdapat dalam
pengucapan
guru.
3. Guru menerangkan kata ganti
nama diri pertama dan kedua
dengan bantuan skrin LCD
dan kad perkataan.
Contoh soalan guru:
1. Bilakah kata ganti nama diri
yang sesuai digunakan?
2. Senaraikan kata ganti nama
diri yang terdapat dalam
ucapan?
|
KBT:
ICT – aplikasi
Sistem Bahasa:
Kata Ganti Nama diri Pertama dan Kedua
|
Lampiran 1
Latihan perkataan kata ganti nama diri yang tedapat pada kad perkataan.
Contoh ujaran guru:
A : Nama saya Lili.
Nama awak
siapa?
B : Nama saya Ricky.
Awak tinggal di
mana?
A : Saya tinggal di
Taman Sentosa.
Awak pula
tinggal di mana?
B : Saya pun tinggal di
Taman Sentosa.
Nampaknya kita
berjiran. Bolehlah
esok kita keluar
bermain bersama-
sama.
A : Tidak boleh, ibu
bapa saya
bercadang hendak
balik ke kampung
esok. Kami
mahu melawat
nenek yang sakit.
|
Langkah 3
1. Murid secara berpasangan
diminta ke hadapan kelas
untuk berbicara
mengikut konteks seperti
contoh yang diperlihatkan
oleh guru.
2. Murid digalakkan
menggunakan idea sendiri
dalam menghuraikan
kata ganti nama diri yang
sesuai seperti saya, awak,
kamu dan kami.
3. Murid diminta menyampaikan
persembahan mereka secara
berpasangan.
|
Sistem Bahasa:
|
Gerak kerja berpasangan.
|
Langkah 4
1. Murid diminta membuat
refleksi terhadap perkara
yang telah dipelajari pada hari
ini.
2. Rumusan guru dan peneguhan
berkaitan dengan topik
pelajaran.
|
Kad perkataan
|
Saturday 3 December 2011
PENGENALAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Standard Kurikulum
Standard Kurikulum merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai murid sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di sepanjang sekolah rendah. Standard Kurikulum Bahasa Melayu digubal berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa pengantar bahasa rasmi.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia ini mengandungi;
i.Standard Kandungan
ii.Standard Pembelajaran
iii.Pendekatan Modular
iv.Pengajaran & Pembelajaran Secara Didik Hibur
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis,kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Satu, lebih mementingkan penguasaan kemahiran asas berbahasa bagi murid Tahap Satu. Pengajaran yang berpusatkan murid serta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran bahasa dan
mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih luas.
Standard kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dalam membentuk insan yang sempurna dan berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui pengajaran secara teori dan amali. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam suasana yang kondusif perlu untuk membantu merangsang dan meningkatkan kreativiti dan minat murid untuk belajar dengan berkesan.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid.Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid.
Maksud Standard Kandungan :-
Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni.
Maksud Standard Pembelajaran :-
Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.
Kandungan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia mengandungi aspek:-
A) Kemahiran Bahasa
B) Seni Bahasa
C) Tatabahasa
Subscribe to:
Posts (Atom)