Saturday 3 December 2011

PENGENALAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)


Standard Kurikulum
     Standard Kurikulum merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran  dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai murid sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di sepanjang sekolah rendah. Standard Kurikulum Bahasa Melayu digubal berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa pengantar bahasa rasmi.


Standard Kurikulum Bahasa Malaysia ini mengandungi;
i.Standard Kandungan
ii.Standard Pembelajaran
iii.Pendekatan Modular
iv.Pengajaran & Pembelajaran Secara Didik Hibur


Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis,kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan.  Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Satu, lebih mementingkan penguasaan kemahiran asas berbahasa bagi murid Tahap Satu. Pengajaran yang berpusatkan murid serta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran bahasa dan
mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih luas. 

Standard kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dalam membentuk insan yang sempurna dan berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui pengajaran secara teori dan amali. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam suasana yang kondusif perlu untuk membantu merangsang dan meningkatkan kreativiti dan minat murid untuk belajar dengan berkesan.  
        
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid.Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid.


Maksud Standard Kandungan :-
Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni.

Maksud Standard Pembelajaran :-
Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.
   
Kandungan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia mengandungi aspek:-
         A)  Kemahiran Bahasa
         B)  Seni Bahasa
         C)  Tatabahasa

No comments:

Post a Comment